|
Frequently Asked
Questions
Kandungan
A. Umum
1. Apakah waktu bekerja syarikat anda?
2. Bagaimanakah caranya untuk menghubungi anda?
3. Apakah waktu perkhidmatan online anda?
4. Bagaimanakah caranya untuk saya pergi ke pejabat anda?
5. Adakah anda menyediakan sokongan teknikal?
6. Adakah anda menerima pengedar / reseller?
7. Bolehkah saya meniru gambar, logo, teks di dalam bizchip.com?
8. Bolehkah saya menggunakan gambar, logo, teks di dalam bizchip.com pada laman web lain?
B. Tempahan
1. Bagaimanakah caranya saya membuat tempahan dari bizchip.com?
2. Bagaimana caranya membuat / memastikan tempahan saya dari bizchip.com?
3. Bolehkah saya menghantar litar atau senarai komponen untuk membuat tempahan?
4. Adakah ada had umur untuk membuat pembelian dari bizchip.com?
5. Bolehkah saya membuat tempahan barang yang tiada dijual di bizchip.com?
6. Bolehkah saya membuat tempahan barang khas yang tiada dijual di bizchip.com?
7. Bagaimana caranya untuk membuat tempahan melalui Faks?
8. Bagaimana caranya untuk melihat senarai belian saya?
9. Bagaimana caranya untuk menambah barang dalam senarai belian saya?
10. Adakah perlu tempahan minimum untuk sebarang tempahan yang dibuat?
11. Ada kuantiti minimum atau maksimum sebarang item untuk melakukan sebarang tempahan?
12. Bolehkah saya menambah apa-apa tanda / nota tempahan untuk tempahan saya?
13. Bolehkah saya melakukan pembatalan atau memperbetulkan tempahan yang telah dibuat?
14. Bagaimana caranya untuk saya mendapatkan cetakan tempahan saya?
15. Bagaimana jika tempahan saya tiada didalam stok?
16. Bagaimana jika item tertentu dalam tempahan saya tiada dalam stok?
17. Bolehkah saya melakukan 2 atau lebih tempahan pada hari sama dan meminta untuk dipos bersama?
18. Bolehkah saya meminta tarikh penghantaran istimewa untuk tempahan saya?
19. Bagaimana caranya saya akan tahu jika tempahan saya telah diterima?
20. Bolehkah saya simpan senarai belian saya dan menyempurnakannya kemudian?
21. Perlukah saya cop & tandatangan penghantaran tempahan dan invois apabila saya menerima tempahan?
22. Bagaimana jika saya ingin melihat senarai tempahan saya yang terdahulu?
23. Adakah anda menyediakan penempahan antarabangsa?
24. Bagaimana caranya jika saya ingin mendapatkan petikan pengesahan dari
bizchip.com?
25. Bagaimana caranya saya ingin mendapat diskaun / hadiah dari tempahan saya?
26. Adakah anda menyediakan diskaun untuk tujuan pembelajaran?
C. Pembayaran Bill
1. Apakah pilihan pembayaran yang boleh dipilih?
2. Apakah jenis matawang yang diterima?
3. Bagaimana jika saya membayar jumlah yang no mencukupi untuk tempahan saya?
4. Bagaimana jika saya membayar jumlah yang melebihi untuk tempahan saya?
5. Bolehkah saya membayar deposit untuk mengesahkan tempahan saya dan bayar selebihnya apabila
sudah mendapat barang yang telah ditempah?
6. Adakah anda menerima kad kredit?
7. Bolehkah jika saya membuat bayaran pada pembantu penghantaran apabila
saya menerima tempahan saya?
8. Adakah anda menyediakan perkhidmatan kredit?
D. Penghantaran
1. Bagaimana jika saya ingin memeriksa status tempahan saya?
2. Bagaimana caranya saya ingin mendapatkan tempahan saya?
3. Adakah anda mengenakan bayaran untuk penghantaran dan pengendalian?
4. Apakah kadar penghantaran dan pegendalian anda?
5. Jika tempahan saya telah dihantar, bagaimana saya boleh mengesannya?
6. Secepat mana saya boleh mendapatkan tempahan saya?
7. Bagaimana untuk saya mengetahui jumlah bayaran penghantaran dan pengendalian yang perlu dibayar?
8. Adakah mungkin untuk saya mendapat penghantaran percuma untuk tempahan saya?
9. Perlukah saya membayar duti, kastam dan cukai untuk penghantaran?
10. Boleh saya tahu polisi pemulangan anda?
11. Ada jaminan untuk produk anda?
12. Adakah anda akan menyertakan invois dan tempahan penghantaran bersama tempahan saya?
Jawapan
A. Umum
1. Apakah waktu pejabat syarikat anda?
Waktu pejabat kami ialah
Isnin – Jumaat: 9.00am-5:30pm, Sabtu: 9.00am-1.00pm.
[Atas]
2. Bagaimanakah caranya untuk menghubungi anda?
Hubungi kami seperti dibawah:
Alamat:
3256-1&2,
Jalan 18/37, Taman
Seri Serdang, Seri Kembangan, 43300, Selangor,
Malaysia.
Tel / Faks:
Dalam Malaysia: 03-8948 7451
Tel / Faks:
Antarabangsa: +603-8948 7451
Emel:
Jabatan Khidmat Pelanggan:
Emel:
enquiry@bizchip.com
Pertanyaan mengenai:
a.
Perkhidmatan syarikat / hubung.
b.
Cadangan / aduan.
c.
Pendaftaran akaun / login.
d.
Aktiviti syarikat / berita.
e.
Penghantaran dan pembayaran.
Jabatan Jualan:
Emel:
sales@bizchip.com
Pertanyaan mengenai:
a.
Kesediaadaan produk.
b.
Penghargaan jumlah.
c.
Promosi semasa.
d.
Petikan sahih.
e.
Tempahan khas.
f.
Cadangan produk baru.
g.
Kerjasama perniagaan.
Jabatan Kejuruteraan:
Emel:
support@bizchip.com
Pertanyaan mengenai:
a.
Membincangkan idea projek.
b.
Penambahbaikan produk Bizchip.
c.
Kecacatan produk / pepijat.
d.
Aplikasi Alatanan.
e.
Aplikasi perisian.
f.
Jaminan produk.
[Atas]
3. Apakah waktu perkhidmatan online anda?
Anda boleh menggunakan perkhidmatan online kami 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
[Atas]
4. Bagaimanakah caranya untuk saya pergi ke pejabat anda?
Kami terletak berdekatan UPM (Peta).
Berikut ialah cara untuk ke syarikat kami:
Dari arah selatan:
Malaysia
(Negeri Sembilan / Melaka / Johor / Selangor arah selatan):
a. Jika anda mengambil bas ekspress
anda kemungkinan menggunakan Lebuhraya KL-Seremban. anda akan melalui nilai -> bangi -> kajang -> serdang / UPM.
Minta pemandu untuk berhenti di ‘perhentian bas
Serdang’. Kemudian guna
Peta ini untuk ke tempat kami. Perjalanan ke tempat kami mengambil masa 15 minit dengan berjalan kaki.
b.
Jika anda menaiki Komuter KTM anda boleh turun di Ktm Serdang.
Kemudian terus ke tempat kami dengan menaiki teksi.
Kami berada 10min perjalanan menaiki kereta dari stesen KTM.
c.
Jika anda datang dengan menaiki kenderaan sendiri, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.
anda akan melalui nilai -> bangi -> kajang -> serdang / UPM.
Masuk ke kiri untuk keluar ke tol Serdang. Selepas tol, jalan terus kehadapan dan anda akan jumpa UPM,
dan stesen petrol Petronas pada sebelah kiri anda. Kemudian guna
Peta ini untuk sampai ke tempat kami. Ia mengambil lebih kurang 5 minit dengan menaiki kereta.
Dari arah utara
Malaysia
(Perak / Penang / Kedah / Perlis / Selangor arah utara):
a. Jika anda mengambil bas ekspress
anda kemungkinan akan berhenti di‘perhentian bas Pudu Raya’.
Tunggu bas Metrobus no 17 di hadapan Pusat Membeli-belah Kota Raya (bahagian pepenjuru Pudu Raya).
Beritahu pemandu bas untuk berhenti di Taman Seri Serdang. Apabila anda sampai di Taman Seri Serdang atau
mana saja tempat di UPM. Gunakan
Peta ini untuk tiba di tempat kami.
b. Jika anda menaiki Komuter KTM anda boleh turun di KL Sentral
dan naik komuter lain ke KTM
Serdang. Kemudian terus ke tempat kami dengan menaiki teksi.
Kami berada 10min perjalanan menaiki kereta dari stesen KTM.
c. Jika anda datang dengan menaiki kenderaan sendiri,
anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.Ikut papan tanda Damansara / Subang untuk tiba di Sunway.
Kemudian, sila gunakan Lebuhraya LDP untuk tiba di tempat kami.
Anda akan melaui Puchong -> Technology Park Malaysia ->
Bukit Jalil -> Serdang Raya sebelum tiba di syarikat kami.
Dari arah timur
Malaysia
(Pahang / Terengganu / Kelantan):
a. Jika anda mengambil bas ekspress
anda kemungkinan akan berhenti di‘perhentian bas Pudu Raya’.
Tunggu bas Metrobus no 17 di hadapan Pusat Membeli-belah Kota Raya (bahagian pepenjuru Pudu Raya).
Beritahu pemandu bas untuk berhenti di Taman Seri Serdang. Apabila anda sampai di Taman Seri Serdang atau
mana saja tempat di UPM. Gunakan
Peta ini untuk tiba di tempat kami.
b. Jika anda datang dengan
menaiki kenderaan sendiri,
anda boleh menggunakan Lebuhraya Timur-Barat. Ikut papan tanda
Seremban / Kajang. anda akan melalui Genting -> Gombak -> Hulu
Kelang -> Wangsa Maju -> Pandan Indah -> Cheras -> Tol Sungai Besi. Keluar dari
tol Serdang. Gunakan
Peta ini untuk tiba di tempat kami.
Dari Puchong Subang / PJ / Shah Alam / Klang:
a. Jika anda menaiki Komuter KTM anda boleh turun di KL Sentral
dan naik komuter lain ke KTM Serdang. Kemudian terus ke tempat kami dengan menaiki teksi.
Kami berada 10min perjalanan menaiki kereta dari stesen KTM.
b. Jika anda datang dengan
menaiki kenderaan sendiri, ikut papan tanda Damansara / Subang untuk tiba
di Sunway. Kemudian gunakan Lebuhraya LDP untuk tiba di tempat kami. Anda akan melalui
Puchong -> Technology Park
Malaysia
-> Bukit Jalil -> Serdang Raya sebelum tiba di syarikat kami.
Dari KL:
a. Jika anda ingin menaiki bas ke tempat kami.
Tunggu bas Metrobus no 17 di hadapan Pusat Membeli-belah Kota Raya (bahagian pepenjuru Pudu Raya).
Beritahu pemandu bas untuk berhenti di Taman Seri Serdang. Apabila anda sampai di Taman Seri Serdang atau
mana saja tempat di UPM. Gunakan
Peta ini untuk tiba di tempat kami.
b.
Jika anda menaiki Komuter KTM anda boleh turun di Ktm Serdang.
Kemudian terus ke tempat kami dengan menaiki teksi.
Kami berada 10min perjalanan menaiki kereta dari stesen KTM.
c. Jika anda datang dengan
menaiki kenderaan sendiri, anda boleh menggunakan
Lebuhraya KL-Seremban,
menghala ke Seremban. Masuk tol Sungai Besi dan keluar di tol Serdang. Kemudian gunakan
Peta ini untuk tiba di tempat kami.
[Atas]
5. Adakah anda menyediakan sokongan teknikal?
Ya, kami menyediakan sokongan teknikal untuk hampir kesemua alatan dan produk yang
direka / dipasang oleh Bizchip.
Untuk produk umum atau komponen yang tidak di pasang oleh kami,
kami menyediakan lembaran data produk dan spesifikasi untuk rujukan anda.
[Atas]
6. Adakah anda menerima pengedar / pemborong?
[Atas]
Buat masa ini, kami tidak memberi diskaun pada mana-mana pemborong.
[Atas]
7. Bolehkah saya meniru gambar, logo, teks di dalam bizchip.com?
Tidak, Semua maklumat di dalam laman web ini adalah hak milik bizchip.com.
Melainkan dengan pengesahan berkuasa dari kami, jika tidak anda hanya boleh
melihat-lihat dan membeli di
bizchip.com.
[Atas]
8. Bolehkah saya menggunakan gambar, logo, teks di dalam bizchip.com pada laman web lain?
Tidak,
Semua maklumat di dalam laman web ini adalah hak milik bizchip.com.
Melainkan dengan pengesahan berkuasa dari kami, jika tidak anda hanya boleh
melihat-lihat dan membeli di
bizchip.com.
[Atas]
B. Tempahan
1. Bagaimanakah caranya saya membuat tempahan dari bizchip.com?
Emel kami
apakah item yang ingin anda beli dan.
kami akan hantar pengesahan dalam masa 12jam (hari minggu). Untuk maklumat lebih terperinci
mengenai pembayaran, sila baca FAQ di seksyen pembayaran.
[Atas]
2. Bagaimanakah caranya saya membuat tempahan dari bizchip.com?
Selepas anda menghantar emel tempahan anda pada kami, kami akan menghubungi anda dalam masa 12jam
(hari minggu) untuk mengesahkan tempahan anda.
Selepas tempahan anda disahkan oleh kami, anda perlu mejelaskan bayaran untuk mendapatkan tempahan anda. Untuk lebih maklumat mengenai pembayaran, sila baca FAQ di seksyen pembayaran.
[Atas]
3. Bolehkah saya menghantar litar atau senarai komponen untuk membuat tempahan?
Tidak,
anda perlu login akaun anda dan menambah item (dengan kuantiti yang dikehendaki)
dalam senarai tempahan anda.
Untuk lebih maklumat mengenai pembayaran, sila baca FAQ di seksyen pembayaran.
[Atas]
4. Adakah ada had umur untuk membuat pembelian dari bizchip.com?
Tidak.
Tiada had umur untuk membuat pembelian di bizchip.com.
Jika umur anda di bawah 12 tahun, anda perlu membuat tempahan bersama ibu bapa atau penjaga.
[Atas]
5. Bolehkah saya membuat tempahan barang yang tiada dijual di bizchip.com?
Ya,
anda boleh menghantar emel model item tersebut, deskripsi dan bilangan yang dikehendaki.
Kami akan menyemak tempahan anda dari pembekal kami dan anda akan mendapat balasan dalam masa 48jam.
[Atas]
6. Bolehkah saya membuat tempahan barang khas yang tiada dijual di bizchip.com?
Ya,
anda boleh menghantar emel kepada kami mengenai spesifikasi, aplikasi, dan kuantiti yang dikehendaki.
Kami akn membalas emel anda dalam masa 48jam.
[Atas]
7. Bagaimana caranya untuk membuat tempahan melalui Faks?
Anda mesti mengisi
borang tempahan bersama kod produk kami, kuantiti dan jumlah.
Faks kepada kami borang tempahan yang lengkap. Kami akan menghubungi anda untuk pengesahan.
Selepas anda menjelaskan pembayaran, sila faks kepada kami resit pembayaran ke 03-8948 7451.
Untuk lebih maklumat mengenai pembayaran,
sila baca FAQ di seksyen pembayaran.
[Atas]
8. Bagaimana caranya untuk melihat senarai belian saya?
Buat masa ini stor online kami tidak menyediakan
kart pembelian..
[Atas]
9. Bagaimana caranya untuk menambah barang dalam senarai belian saya?
Buat masa ini stor online kami tidak menyediakan
kart pembelian..
[Atas]
10. Adakah perlu tempahan minimum untuk sebarang tempahan yang dibuat?
Tidak. Anda boleh menempah
apa saja kuantiti yang anda mahu dari kami.
[Atas]
11. Ada kuantiti minimum atau maksimum sebarang item untuk melakukan sebarang tempahan?
Ya.
Ada sesetengah barang yang dijual secara pek atau kotak.
Sila baca kuantiti minimum untuk tempahan sebelum membuat sebarang tempahan.
[Atas]
12. Bolehkah saya menambah apa-apa tanda / nota tempahan untuk tempahan saya?
Ya,
sebelum anda semak keluar, anda boleh menambah sebarang mesej didalam kotak mesej. Atau
anda boleh emel kepada kami selepas anda telah membayar tempahan anda.
[Atas]
13. Bolehkah saya melakukan pembatalan atau memperbetulkan tempahan yang telah dibuat?
Tidak.
Selepas selesai membuat pembayaran untuk mengesahkan tempahan anda, kami akan terus memproses
tempahan anda. Tiada pembatalan atau pembetulan dibenarkan.
[Atas]
14. Bagaimana caranya untuk saya mendapatkan cetakan tempahan saya?
Kami tidak menyediakan perkhidmatan cetakan invois secara online. Tetapi kami akan
menyertakannya bersama penghantaran barang..
[Atas]
15. Bagaimana jika tempahan saya tiada didalam stok?
Kami akan memberitahu anda masa untuk tempahan yang mana tiada didalam stok.
Anda boleh menunggu untuk tempahan dihantar kepada anda atau kami memulangkan bayaran anda.
[Atas]
16. Bagaimana jika item tertentu dalam tempahan saya tiada dalam stok?
Selepas anda telah semak keluar kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan status penghantaran anda.
Jika ada diantara item yang anda tempah tiada dalam stok, kami akan meminta pandangan anda
sebelum memproses tempahan anda:
a.
Hantar item yang sedia ada dahulu dan batalkan item yang tiada dalam stok. ATAU
b.
Hantar item yang sedia ada dahulu dan kemudian item yang tiada dalam stok. ATAU
c.
Tangguhkan penghantaran sehingga semua item tersedia ada. OR
d. Batalkan tempahan.
[Atas]
17. Bolehkah saya melakukan 2 atau lebih tempahan pada hari sama dan meminta untuk dipos bersama?
Melainkan ada permintaan dari pelanggan, jika tidak kami akan anggap setiap tempahan
sebagai satu tempahan.
[Atas]
18. Bolehkah saya meminta tarikh penghantaran istimewa untuk tempahan saya?
Ya.
anda boleh meletakkan tarikh penghantaran yang anda inginkan didalam kotak mesej tempahan.
Penghantaran yang diminta mestilah tidak lebih lambat dari 30 hari dari tarikh pembelian.
[Atas]
19. Bagaimana caranya saya akan tahu jika tempahan saya telah diterima?
Kami akan emel kepada anda no. pengesan bungkusan anda jika tempahan anda telah diterima.
[Atas]
20. Bolehkah saya simpan senarai belian saya dan menyempurnakannya kemudian?
Tidak.
[Atas]
21. Perlukah saya cop & tandatangan penghantaran tempahan dan invois apabila saya menerima tempahan?
Tidak. Anda tidak perlu
tandatangan/ cop senarai tempahan kami dan invois.
[Atas]
22. Bagaimana jika saya ingin melihat senarai tempahan saya yang terdahulu?
Login akaun anda
dan anda akan lihat senarai tempahan anda yang terdahulu.
[Atas]
23. Adakah anda menyediakan penempahan antarabangsa?
Ya.
Anda boleh melakukan pemindahan wayar / pemindahan telegrafik untuk membayar tempahan anda.
Kami akan menghantar kepada anda kod pengesan bungkusan selepas ia dihantar.
[Atas]
24. Bagaimana caranya jika saya ingin mendapatkan petikan pengesahan dari
bizchip.com?
Untuk petikan umum, anda perlu login akaun anda. Kemudian tambah item ke dalam
kart pembelian dan semak keluar. Kami akan menghantar emel dengan segera mengenai
tempahan anda. Ambil ini sebagai contoh rujukan / petikan tempahan anda. Untuk mengesahkan
tempahan anda, anda hanya perlu memindahkan jumlah nayaran ke akaun bank kami.
Kami hanya menyediakan petikan rasmi (berserta cop syarikat dan tandatangan)
kepada seseorang yang pasti membuat tempahan dengan kami. Dalam kes ini, anda perlu menghantar
petikan umum yang kami telah emel kepada anda dan kami akan memberi kepada anda
petikan rasmi kami. Dalam masa 24 jam, petikan rasmi kami akan difaks kepada anda.
[Atas]
25. Bagaimana caranya saya ingin mendapat diskaun / hadiah dari tempahan saya?
Dari masa ke masa, kami memberikan tawaran berbeza. Sila rujuk berita terkini kami untuk
diskaun / hadiah.
[Atas]
26. Adakah anda menyediakan diskaun untuk tujuan pembelajaran?
Untuk mengurangkan kerja perakaunan kami, semua harga barang telah ditetapkan untuk
pembelian bertujuan untuk pembelajaran. Sila kemaskini berita terbaru kami mengenai promosi
untuk mendapatkan hadiah percuma dan lebih diskaun.
[Atas]
C. Pembayaran
1. Apakah pilihan pembayaran yang boleh dipilih?
Kami menyediakan pilihan cara pembayaran sperti berikut. Setelah kami mendapat bayaran anda, kami
akan memproses tempahan anda:
a.
Pemindahan tunai melalui mesin ATM Maybank: anda boleh memindahkan
apa saja jumlah tunai e.g. (RM12.35) ke akaun bank kami melalui perkhidmatan ini.
Tiada servis perkhidmatan dikenakan. Akaun kami akan dikemaskini dengan jumlah pemindahan
anda dalam masa 10 minit. Simpan resit bank anda untuk rujukan kami.
b.Pemindahan tunai melalui mesin tunai Maybank: Jumlah minimum
yang diterima oleh mesin tunai ialah RM10. Oleh itu ia hanya sesuai untuk pemindahan yang tidak melibatkan
RM1, RM2, RM5 and sen. E.g. Anda boleh memindahkan RM80, tetapi tidak RM86.25 melalui perkhidmatan ini. Akaun kami akan
dikemaskini dengan jumlah pemindahan anda dalam masa 10 minit. Simpan resit bank anda untuk rujukan kami.
c.
Pemindahan tunai melalui mesin tunai Maybank:
Untuk pelanggan yang mempunyai akaun Maybank. Anda boleh menggunakan mesin tunai untuk melakukan pembayaran
ke akaun Maybank kami. Akaun kami akan dikemaskini dengan jumlah
pemindahan anda dalam masa 10 minit. Simpan resit bank anda untuk rujukan kami.
reference.
d.
Pemindahan cek melaui mesin deposit cek Maybank:
Anda boleh mengeluarkan cek syarikat / cek persendirian dan melakukan pemindahan cek melalui mesin deposit cek.
Akaun kami akan dikemaskini dengan jumlah pemindahan anda dalam masa 3 hari. Simpan resit bank anda untuk rujukan kami.
e.
Melalui kiriman wang pejabat pos:
Anda boleh membeli kiriman wang dari pejabat pos dan pos kepada kami menggunakan pos ekspres atau lain-lain perkhidmatan penghantaran.
Ia mengambil masa 2-3 hari untuk kami menerima kiriman wang anda. Apabila kami
menerima kiriman wang anda, kami akan menyelesaikannya dalam masa 24 jam di pejabat pos.
Simpan butir pengeposan anda untuk tujuan rujukan.
f.
Pemindahan melaui Maybank2u.com.my: Jika anda
mempunyai akaun Maybank2u online service, anda boleh login akaun anda dan memindahkan jumlah pada akaun Maybank kami. Akaun kami akan dikemaskini dengan jumlah pemindahan anda dalam masa 10 minit.
Simpan resit bank anda untuk rujukan kami.
Berikut adalah butir akaun Maybank kami:
Nama Akaun: BIZCHIP
TECHNOLOGY CENTRE
No. Akaun: 5122 3183
4795
[Atas]
2. Apakah jenis matawang yang diterima?
Kami hanya menerima matawang Ringgit Malaysia (RM).
[Atas]
3. Bagaimana jika saya membayar jumlah yang tidak mencukupi untuk tempahan saya?
Sila bayar dengan jumlah yang
mencukupi untuk tempahan anda. Jika tidak kami tidak akan memproses tempahan anda.
[Atas]
4. Bagaimana jika saya membayar jumlah yang melebihi untuk tempahan saya?
Sila bayar dengan jumlah yang
mencukupi untuk tempahan anda. Jika tidak kami tidak akan memulangkan baki kepada anda.
[Atas]
5. Bolehkah saya membayar deposit untuk mengesahkan tempahan saya dan bayar selebihnya apabila
sudah mendapat barang yang telah ditempah?
Tidak. Anda mesti membuat bayaran
penuh untuk mengesahkan tempahan anda.
[Atas]
6. Adakah anda menerima kad kredit?
Tidak.
[Atas]
7. Bolehkah jika saya membuat bayaran pada pembantu penghantaran apabila
saya menerima tempahan saya?
Tidak. Pembantu penghantaran kami tidak
bekhak untuk menerima apa saja jenis bayaran dari anda.
[Atas]
8. Adakah anda menyediakan perkhidmatan kredit?
Ya,
kami hanya menyediakan perkhidmatan kredit kepada jabatan kerajaan / institusi dengan
sejarah 3 tahun.
[Atas]
D. Penghantaran
1. Bagaimana jika saya ingin memeriksa status tempahan saya?
Selepas anda login akaun, anda boleh semak
status tempahan terdahulu.
[Atas]
2. Bagaimana caranya saya ingin mendapatkan tempahan saya?
Ada 2 cara untuk mendapatkan tempahan
anda:
a. Anda /
Wakil anda datang ke pejabat kami untuk mengambil tempahan.
b. Kami akan menghantar tempahan anda.
[Atas]
3. Adakah anda mengenakan bayaran untuk penghantaran dan pengendalian?
Ya, bayaran penghantaran dan
pengendalian akan ditunjukkan pada jumlah senarai belian.
[Atas]
4. Apakah kadar penghantaran dan pegendalian anda?
Untuk tempahan kurang dari
RM50 anda perlu membayar yuran penghantaran dan pengendalian seperti dibawah:
Semenanjung Malaysia: RM8.00 untuk berat kurang 1Kg. Lebih dari 1Kg, setiap 1Kg selebihnya RM1.50/Kg.
Sabah / Sarawak / Labuan: RM15.00 untuk berat kurang 1Kg. Lebih dari 1Kg, setiap 1Kg selebihnya RM12/Kg.
Untuk tempahan sama atau lebih dari
RM50 anda akan mendapat penghantaran PERCUMA dari kami.
[Atas]
5. Jika tempahan saya telah dihantar, bagaimana saya boleh mengesannya?
a. Tempahan dalam Malaysia: emel kami untuk mengesan penghantaran.
b. Untuk tempahan antarabangsa: Kami akan emel kod pengesan apabila barang telah dihantar..
[Atas]
6. Secepat mana saya boleh mendapatkan tempahan saya?
Tempahan dalam Malaysia:
a. Jika anda membuat tempahan
sebelum 2pm, anda akan mendapat barang anda dalam masa 1-2 hari bekerja.
b. Jika anda membuat tempahan
selepas 2pm, anda akan mendapat barang anda dalam masa 2-3 hari bekerja.
Untuk tempahan antarabangsa:
a. Jika anda membuat tempahan
sebelum 2pm, anda akan mendapat barang anda dalam masa 4-5 hari bekerja.
b. Jika anda membuat tempahan
selepas 2pm, anda akan mendapat barang anda dalam masa 5-6 hari bekerja.
[Atas]
7. Bagaimana untuk saya mengetahui jumlah bayaran penghantaran dan pengendalian yang perlu dibayar?
Jumlah bayaran penghantaran dan pengendalian yang perlu dibayar akan di tunjuk di skrin semasa anda
semak keluar.
[Atas]
8. Adakah mungkin untuk saya mendapat penghantaran percuma untuk tempahan saya?
Ya, kami menyediakan penghantaran percuma untuk tempahan
melebihi RM50.00.
[Atas]
9. Perlukah saya membayar duti, kastam dan cukai untuk penghantaran?
a. Untuk sebarang tempahan di dalam
Malaysia: Tiada duti, kastam atau cukai.
b. Untuk tempahan antarabangsa:
Duti dan cukai bergantung pada peraturan import negara penerima.
[Atas]
10. Boleh saya tahu polisi pemulangan anda?
klik ‘Policy’
di bawah laman web kami untuk mengetahui polisi pemulangan kami.
[Atas]
11. Ada jaminan untuk produk anda?
Kami tidak menyediakan
jaminan untuk setiap komponen yang dijual.
Tetapi untuk alatan, barang; jaminan berdasarkan pengeluar disediakan.
[Atas]
12. Adakah anda akan menyertakan invois dan tempahan penghantaran bersama tempahan saya?
Ya. Tempahan penghantaran
dan invois akan disertakan dalam bungkusan anda.
[Atas]
* Nota:
bizchip.com mempunyai hak untuk mengubah jawapan FAQ / terma / polisi
di atas tanpa notis pada mana-mana pihak.
|